My World

My World

Friday, January 14, 2011

Agak-agak dah sesuai ke aku jadi seorang ibu? wakakaka statement tak tahan.. :P


Hari ni aku menjadi baby sitter..aku saja ambil anak sedara aku dari rumah tok dia satu lagi..umah tok dia (mak kepada kakak ipar aku) dan mak kepada abang aku (mak aku la tu) tak jauh..dalam 5 minit ja..

Kak ipar aku masih dalam pantang..dia tak sihat pulak..demam..dan baby yang baru lahir kena dok di wad pulak..ada masalah sikit..nanti aku cerita..

Sekarang nak cerita pasal tugas aku menjadi baby sitter hari ni...dalam pukul 11 tadi pegi amek auliya ni..balik umah aku dia main-main kejap, pastu minum susu pastu terus dia tertidur..senang nya dia tidur..

Bila dia bangun dia mengelamun kejap..tengok ke luar rumah..agaknya rindu kat mama dan abah dia kot..

Pastu dia main2 lagi..pastu aku tanya dia nak makan nasik tak..biasa la budak kecik, mana pandai cakap lagi..baru 1 tahun 6 bulan..kita lak bila tanya kat dia tanya dalam bahasa kanak-kanak la..contohnya : auliya nak matan nacik tak? pastu dia pun angguk2 kan kepalanya..

Aku pun pegila amek nasik yang berlaukkan ayam dan kari ikan kembung..aku suap dia sambil suap aku sekali..haha...

Pastu dia main2 lagi..penat jugak la mengejarnya..kejap dia keluar rumah kejap dia masuk..kejap pegi kedai depan umah aku tu..

Pastu (banyak pulak pastu) aku saja bawak dia jalan-jalan naik motor..pegi kat kawasan belakang umah aku, kawasan sawah padi..






Sempat lagi aku rekod video tau..jangan tiru aksi ini eh..tapi aku bawak memang slow motion je..10 km/j je kot.. =D




Ha ni gambar si oliya tido tengahari tadi..lama jugak dia tidur..nyenyak betol..





Malam ni auliya tidur kat rumah aku..mak aku suh dia tidur ngan aku kat dalam bilik..sebab kat luar dah terlalu ramai dengan anak abang aku yang belakang rumah aku ni..so, malam ni pun aku akan menjaganya..janganla dia bangun tengah malam mintak susu.. :P

Oh ya, pasal adiknya, yang baby baru lahir 26.12.10 hari tu, ada masalah dekat muka baby tu..macam ada kesan lebam dan kemerah-merahan sejak hari pertama lahir..lupa aku nak bagitau..baby ni namanya azmil hafiz..


kalau perasan kat pipi kanan (pandangan kita) ada sikit lebam..


Minggu lepas dah buat kenduri cukur rambut..dah botak dah die..aku tak balik kampung minggu lepas..adik aku yang amik gambar dia..masa ni lebam tu dah jadi teruk sikit..kemerah-merahan..


makin teruk pipi sebelah kiri dia..sian dia..


Pastu pegi cek kat hospital, dokter tahan baby ni kat wad..dorang nak wat pemeriksaan lanjutan..ibu dia je yang dapat tengok kat wad tu..aku nak gi melawat pun tak dibenarkan..sian baby ni..

Dokter kata takut ada kesan kat mata n otak..sebab dokter tengok mata sebelah kiri dia kecik sikit..dokter jugak kata kemungkinan kejadian ni disebabkan semasa bersalin tu, baby ni ditarik dengan kuat..aduh kesiannya..

Aku harap tak da apa-apa masalah yang teruk..semoga semuanya ok..rindu sangat nak tengok baby tapi tak dapat..Tapi tak pa lah, dapat main ngan kakak dia pun kira ok lah..

Hmm bila main ngan budak-budak ni, terfikir gak bila lah aku akan ada anak sendiri.. hee.. (^_^)


4 comments:

Cik TeN10 said...

cepat2 la naik pelamin!!..hihi (^.-)

Gee Jah Noor said...

doa-doakan la..hee :P

Anonymous said...

waaah...keciannyer tgk baby nie, harap2 cepat sembuh, sihat dan kuat...

My recent post ►Fesyen : Fesyen Lenyap, Style Sama

Anonymous said...

lama2 ilang la 2...insyaAllah.. :)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...