My World

My World

Friday, December 31, 2010

Berjogging + Berphotoshoot di tengah laut + Bergotong-royong membersihkan kawasan rumah



Dah lama aku tak bangun awal semata-mata untuk berjogging..entah kenapa hari ni bersemangat pulak bangun pagi-pagi dan bersiap-siap untuk pergi jogging..

Mungkin tahun baru nak menjelma kot..dan disebabkan Malaysia menang Piala AFF Suzuki, aku pun nak tunjuk kehebatan berjogging jugak.. *tiba-tiba

Dengan muka semua orang yang baru bangun tidur, aktiviti bergambar mesti diteruskan jugak..biarpun mata sembab je kan..




Sebelum pergi berjogging, kami ahli-ahli rumah guru yang beralamat 40** B, membeli bekal makanan dulu..seperti biasa lah, menu nya adalah nasi lemak dan roti canai...


aku dan el membeli roti canai


ain dan zam membeli nasik lemak


Destinasi untuk berjogging agak jauh dari kawasan rumah..so kami pergi ke trek jogging tu menaiki kereta...




Sesampainya di trek jogging, kami berempat mencari port yang best untuk menikmati hidangan pagi..melantak puas-puas sebelum mengeluarkan peluh..he




Bila semua dah ready, bermula lah perjuangan kami untuk berjogging di trek yang cantik di tengah laut ini...

Penghujung trek jogging terletak nun jauh di sana..memang jauh la..agak termengah-mengah untuk sampai ke sana..


bulatan merah itu menunjukkan penamat trek jogging


Di pertengahan perjalanan, kami singgah bergambar dahulu..heheh..
















Pastu dah sampai di penghujung trek jogging, kami pun memulakan sesi photoshoot...












Huh memang penat...aku ni yang dah lama tak jogging, rasa nak tercabut kaki pun ada.. :P

Bila dah sampai rumah, alang-alang dah berpeluh, kami berempat meneruskan perjuangan dengan membersihkan kawasan rumah..maklumlah nak masuk tahun baru..banyak pulak azam baru kami ni..termasuklah nak berkebun..

Aku siap buat batas tanaman untuk tanam pokok..ermm rasanya nak tanam pokok cili la..bila cili tu masak bolehla petik untuk buat sambal belacan..hak...




Kawan-kawan aku ada yang mencangkul rumput, membersihkan lantai dan sebagainya...










Kawasan belakang rumah kami pun dah cerah selepas ditebas...




Berakhirlah perjuangan kami hari ini...sempena nak masuk tahun baru tengah malam nanti, aku nak ucapkan selamat tahun baru..Marilah kita mulakan tahun baru ni dengan azam baru dan semangat baru untuk mengecapi lebih kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak... =D


13 comments:

Liyana said...

wah... seronok nye keluarkan peluh.. hui dah lame giler x jogging kot.. dok ternak lemak tepu je nih.. hoho :D

SA. said...

happy new year ! :)

Gee Jah Noor said...

liyana: hoho pergila jogging..jangan ternak lemak tu lebih2..hee

. sabrina .: happy new year to u too..

AFIIA said...

eh-eh cam kenal akak baju merah..kalo tak salah usm dlu kan:-?

Gee Jah Noor said...

aah dia USM..yg baju biru tu pun USM gak..1 kampus ek?

AFIIA said...

a'a...dia ADO SJAM kitaorang..kak zam kan..kim salam lah..hehehehehehehe
yg baju biru xcam sgt..bkan SJAM kot...

Nurul Awanis said...

eh, yg pakai tudung kelabu kt blakang 2 time kt kedai roti canai 2 macam nak kenai ja. HAHA!

Gee Jah Noor said...

AFIIA: oo senior afiia ek..ok, nt akak kim kan salam..

nurul awanis: eh eh mcm kenal jugak..kalau xsilap macam tuan empunya badan yang komen ni kan..wanis kn..hehe

soffya cik bulan said...

gee...slmt bertugas balik...
he, rs gementar pun adoo ni...huhu

rose sensei said...

salam gee jah..rose beru je follow blog geejah ni..
ngajar di langkawi ke?brape tahun dh jadi cikgu?

Gee Jah Noor said...

soffya cik bulan: slmt bertugas gak utk pia..bersedia lah utk memikul tugas2 guru nt yek.. =D


rose sensei: thanks ek follow..rose pn cikgu gk ek? aah saya ngajar kt langkaei..baru je lg jd ckgu..baru setahun..

Nurul Awanis said...

ya ya hehe :)

Gee Jah Noor said...

xsangka pulak..kita bertemu di blog ini..hee

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...