My World

My World

Friday, August 12, 2011

3 jam tanpa henti..



Memandangkan minggu depan nak exam pra akhir tahun dan peperiksaan percubaan SPM, hari ni aku buat tuisyen..tuisyen tak berbayar..nak buat ulangkaji tentang topik-topik yang masuk exam..

Tuisyen bermula jam 8 pagi..aku bangun tadi pun dalam keadaan yang agak kelam kabut..7.35 baru terjaga..ini semua angkara tak dapat tidur semalam..pukul 2 lebih baru aku tidoq..pukul 5 bangun sahur..lepas subuh baru tidoq balik..tu yang terlambat sikit bangun..he..tapi aku sampai kat kelas sebelum pukul 8 lagi..7.58 pagi dah terpacak kat kelas..

Masa aku sampai kat kelas..baru ada 2 orang pelajar..yang lain, hmm lainkali kena cakap pukul 7.30 baru depa mai tepat pukui 8 kot..

Dalam 8 lebih P&P pun bermula..P&P tu maksudnya pengajaran dan pembelajaran..untuk sapa-sapa yang tak pernah dengar singkatan ini.. :D

Sepatutnya sampai pukul 9.30 ja..tapi aku lanjutkan sikit sampai 9.40..lepas tu sambung pulak dengan kelas kedua iaitu start pukul 10..sempat la rehat beberapa minit..ada 3 orang pelajar yang kelas kedua tu datang awal..depa suruh ajaq depa dulu..so tak dapat nak rehat lama-lama..

Sampaila pukul 11.30, baru aku stop..suara aku pun dah terjadi garau..sampai ada pelajar suruh aku stop dulu..tapi aku sambung jugak..kalau stop tak sempat nak habiskan..kaki aku pun lenguh-lenguh dah, tapi itu tidak menjadi masalah..huu..janji pelajar dapat capai hasil pembelajaran pada hari ini..tolongla balik stadi balik apa yang belajar hari ini...baru lah boleh cemerlang matematik...

Jadi, untuk para pelajar ku sekalian, semoga berjaya untuk peperiksaan kali ini..buat yang terbaik..cikgu dah tolong kamu apa yang patut, so kamu kena tolong diri sendiri untuk berjaya..untuk kelas yang aku tak mengajar pun, good luck jugak..buktikan pada guru-guru anda semua boleh cemerlang...

Esok ada lagi tuisyen..untuk form 5 pulak..hari ni form 2..so sekarang aku nak pergi merehatkan-rehatkan diri sebelum memulakan aktiviti memasak petang ini.. :D daaaa...


p/s: Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...


2 comments:

GiGi_ChAnTiq said...

hehehe..seorg pndidik yg ikhlas...smoge terus tabah mendidik ank bangsa ye... ^_^

Gee Jah Noor said...

tima kasih Gigi_ChanTiq.. ;)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...