My World

My World

Thursday, August 25, 2011

Kad Raya oo Kad Raya..


Aku dok cari lagi sapa yang bagi kad raya kat aku masa kat sekolah tadi..budak tu bukan bagi terus kat aku..dia kirimkan kat kawan aku..namanya tak bertulis pulak..kawan aku pulak tak kenai itu budak..kawan aku ada cakap dia ni pompuan, agak putih, kecik dan tinggi lebih kurang kawan aku tu..sape la hai..students aku ni ramai..jenuh pikiaq..

Ada satu ayat dia yang pelik sikit kat kad tu..yang buat aku mencari-cari sapa dia ni..wondering betul..Erm, tak kisahla pelajar mana yang bagi kad tu..yang pasti aku memang pernah mengajar dia..

Hari ni aku dapat 2 kad raya termasuk kad raya dari pelajar yang tak bernama tu..hari tu dapat 1 dah..jadi semuanya 3 kad raya aku dapat..semuanya dari students..aku nak tunggu kat rumah pulak kot-kot ada yang pos kad raya kat aku..hehe..

Sekarang ni memang susah dah nak dapat kad raya..ramai yang wish guna sms @ fb je..jadi, kalau dapat kad raya tu memang sesuatu yang sangat bermakna..terima kasih kepada pelajarku yang bagi kad raya..like it very much..dan ada yang buat kad raya sendiri lagi tu..kreatif & cantik.. :)

Ha..aku ada dapat duit raya jugak hari ni.. :D bukan duit raya lah..duit hasil aku mengajar tuisyen kat sekolah selama ni..tapi bersyukur sangat-sangat sebab dapat hari ni..Alhamdulillah..aku ingat nak beli baju raya lagi sepasang lah..sebab baju raya aku sepasang ja.. :D

Ada lagi yang aku dapat hari ni..hee..banyak pulak dapat ye..duit jugak..tapi duit lama yang antik..yang terkoyak2 yang menjadi simpanan pelajar aku ni..tapi hari ni dia bagi duit tu kat aku..walaupun terkoyak2, tapi aku suka duit tu..nak buat simpanan hari tua..mana tau bank negara nak duit lama nanti boleh pi tukaq..hehehe..takdela, aku nak simpan je dalam purse aku tu.. :)


siapakah gerangan tuan punya kad ini?


p/s: walaupun taktau sapa yang bagi kad raya ni, i really appreciate it..tq :)


3 comments:

~Nana 귀여운~ said...

wuu dapat kad raya....hehehhe

Kak gee , Selamat Hari Raya ye..maap zahir dan khilafku sekiranya ada buat salah..hehehhe :)

Gee Jah Noor said...

Samela..nak mintak maaf jgk..walaupun hanya kenal dari blog.. :)

nurul syafiqah said...

alia arisha lah ckgu..
saya p tman jaa..hihi..

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...