My World

My World

Tuesday, August 2, 2011

Sakit mata..Ketumbit.. :D


Asal ketumbit ja, orang kata mengintai, skodeng..ado ko pulak..tak dak koje nak p mengintai ngintai ni.. Satgi aku nak cerita apakah penyebab ketumbit ni..Sakit jugakla ketumbit ni..nak kejip mata ja sakit..ingat nak ambil mc ja hari ni..tapi boleh tahan lagi, mai ja sekolah..lagipun hari ni jadual mengajar aku paling sikit..2 masa ja..waktu pagi ada perjumpaan kokurikulum...



Ha mai sini nak cerita penyebab ketumbit ni.. aku search kat google..

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan * Pertukaran hormon * Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria * Diabetis * Kandungan lemak yang tinggi dalam badan * Kekurangan vitamin dalam badan


Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.


Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata * Bengkak di sekeliling kelopak mata * Sakit * Kelopak mata menjadi merah * Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh * Mata menjadi pedih * Mata berair * Gatal-gatal di kawasan bisul * Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata * Sensitif kepada cahaya yang cerah


Ha.. dah tau kan penyebabnya.. merujuk kepada faktor-faktor yang menyebabkan kelenjar minyak tersumbat tu, rasanya yang betul mungkin pertukaran hormon, kandungan lemak yang tinggi dalam badan dan kekurangan vitamin..yang lain tu dak kot..diabetes tu buat masa la ni belum ada lagi..mintak dijauhkan la..peralatan solek tu, sebelum jadi ketumbit ni aku tak pakai pun..

Semoga cepat la hilang ketumbit ni..mata ni asyik berair dan pedih..tapi orang kata kalau sakit ni ianya penghapus doa kecil..aku tetap bersyukur walaupun sakit.. :)

Aku dah berada di rumah ni..hari ni balik awal..pukul 12.20 tadi dah boleh pulang dari sekolah..memandangkan bulan puasa..tapi macam biasa la, balik awal pun, kerja tetap bawak balik kat rumah..malam nanti baru la nak kalut siapkan lesson plan, abm, tanda buku dan lain-lain..petang ni nak kena pi sekolah sekojap..ada hal sikit..memang begitu la namanya keja cikgu..he..

Ok, nak berehat-rehat menenangkan pikiran..petang nanti lepas balik sekolah nak kena memasak untuk berbuka..nak tau menu apa? haa belum tau lagi nak masa apa..hehe :D daaa...


2 comments:

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...