Sedih la kalau hilang betoi-betoi..ni pen aku dapat..bukan aku beli..aku dapat masa aku pi ceramah kat KL..tajuk ceramah tu 'We are beautiful..Allah love us' yang dikendalikan oleh wardina dengan ahli panelnya Dr. Harlina dan Sis Nurul Iman..kebetulan aku pergi KL masa tu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku..petang nya tu sebelum pulang ke Langkawi ija ajak aku pergi ceramah tu..best..seronok dapat menghadiri ceramah tu..banyak input yang aku dapat..dia banyak bercakap tentang wanita..aurat wanita..wanita solehah..
Ceramah tu diadakan di masjid wilayah..ramai gak yang hadir..sebelum masuk ke dewan tempat ceramah tu, kitorang diberi doorgift yang sangatla banyak..sebab depa banyak sponsor kot..2beg lagi tu aku dapat..antara isi kandungannya, buku nota kecik, pen kecayangan aku tu, surah Yassin, susu kambing, hand sanitizer, ubat gigi mukmin, tudung munawwarah, kupon diskaun untuk tudung tu, pastu ada lagi..lupa dah..dah lama dah pun ceramah tu..bulan april kalau tak silap..
Bercerita pasal pen aku ni, warnanya putih..aku memang minat putih..bila dapat pen ni memang suka gila la..kawan aku dapat warna biru..aku ja dapat putih..barang-barang kesayangan aku kebanyakan berwarna putih..handset, kereta aku, purse, jam tangan, laptop ja warna merah, warna putih habis..
Kalau aku guna pen ni kat kelas, mesti students cakap besaqnya pen cikgu..nak jugak..kalau kat bilik guru pun sama..besaqnya pen gee..beli kat mana..nak beli jugak..huhu semua orang berkenan kt pen ni..so jangan la hilang lagi ya pen..sedih mak kalau kau hilang.. :D tapi sebenarnya bukan hilang pun..aku yang terlupa letak kat mana..hihi..
Itu cerita pasal kemarin..aku nak cerita pasal apa yang terjadi hari ini pulak..cerita yang agak sadis..atas kecuaian aku sendiri..aku telah tersalah tengok jadual..aku tertengok hari rabu punya..so aku termiss 1 kelas..kelas form 5 tak da masalah sebab depa masih lagi trial spm..kelas yang form 2 tu..aku nak habiskan tajuk transformation hari ni..tapi sebab kecuaian aku, 2 masa pulak tu burn..sayangnya..
Pelajar-pelajar aku pulak punyala baguih..depa tak mai jemput aku pun..haishh..kot la nak mai tengok cikgu ada tak kat bilik guru..tapi budak-budak ni kalau cikgu tak masuk depa memang suka..bolehla sembang-sembang..biasala tu..
Lepas ni aku kena alert dengan jadual aku..maklumla ni jadual baru lagi bagi aku..tak hapai sepenuhnya..
Ok, masuk cerita malam ni pulak..tadi aku pi berbuka kat hotel helang..atas jemputan sorang anak murid aku ni bersempena ngan befday dia khamis ni..dia jemput cikgu-cikgu ja..10 orang semuanya..thanks jemput cikgu..makan free memang sodap..hehe..hari khamis ni la cikgu wish befday ye.. :D
wif befday gurl...
Oh ya, semalam pun pi berbuka dengan students gak..students yang aku ajar tahun lepas..yang happening giler..hee..tak dak amek gambaq pulak semalam...
Ok itu lah cerita aku untuk 2 hari ni.. Sekian..tata.. :)
No comments:
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...