My World

My World

Thursday, August 11, 2011

Bila Gee nak kahwin?


Ini kisah yang terjadi pada aku hari ini semasa aku berada di bilik guru..ada seorang guru lelaki mengedarkan kad kahwin nya..kenduri yang akan berlangsung pada bulan september nanti...

Masa aku dan beberapa orang guru lain berada di bilik guru..ada kakak ni tanya aku, gee bila pulak? adoiii tersentap seketika apabila kekusyukan membuat kerja tiba-tiba diterjah soalan sebegitu..memang dah selalu pun kena tanya macam ni..bukan kat sekolah ja, kat kampung, kat rumah kenduri kawan-kawan, di mana-mana sahaja ada ja soalan berbaur kahwin-kahwin ni..

Calon pun takdak lagi, kak tolong la cari sorang..jawab aku sambil tersengih-sengih..pastu tiba-tiba PK HEM datang..dia pun terlibat sama dalam perbualan itu..muka aku dah menjadi merah padam..rasa malu pun ada..PK HEM kata, toksah dok kalut lagi..jodoh tak sampai lagi..nanti ada la tu..sabaq2..(lebih kurang macam tu la..he)

Aku pun mencelah di situ..gee tak kalut pun..relax ja..tapi orang la dok tanya-tanya, tak tau nak jawab apa..Pastu PK HEM kata lagi..kalau orang tanya jawab ja jodoh tak sampai lagi..tak tau la jodoh dok tang mana tak mai-mai lagi..aku pun senyum kambing je la...

Kesimpulannya..jodoh memang dah ditentukan oleh Allah..cuma cepat dan lambat sahaja..aku tetap sabar menanti jodoh aku..iaitu calon pemilik tulang rusukku...calon imamku..aku tahu bahawa Engkau menginginkan aku dan si dia bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.. :)



p/s: YA RABBI...Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatunya..Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau..Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.. Amin ya Rabbal 'Alamin..



5 comments:

Cik Puan Tqah said...

insyaAllah gee.. yang ada bf depan mata ni pon belum tentu lagi jodohnya.. jodoh tu tiba2 ja..xrncg kan :)

Gee Jah Noor said...

betoi2..kalau dh smpai jodoh tu, mudah ja.. :)

Anonymous said...

wah, jodoh3x..takuttnye bila memikirkannya. insyaallah moga kita semua dapat jodoh yang baik.^^

Cik Eyqa said...

saba naa..hehhee

Gee Jah Noor said...

Cik As: insyaAllah, dengan izinNya.. :)

Cik Eyqa: hehe..sabar menanti..

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...