Sekarang tengah mood mengupdate blog..boleh kata hari-hari update sekarang ni..tapi bergantung jugak..kalau ada cerita la baru mengupdate..macam hari ni, boleh pulak tercedera masa mengajar tadi..sampai terketar-ketar tangan aku menahan kesakitan..
Ceritanya macam ni..kelas yang aku mengajar tu dahulunya adalah makmal..tapi telah dinaiktaraf menjadi kelas..kalau makmal ni tahu la kan white board dia tu jenis yang tarik ke bawah dan tolak ke atas tu..lepas dah penuh white board tu aku tulis, aku pun tarik la white board atas yang kosong tu..masa tarik tu kedudukan jari aku ni boleh pulak betul-betul dekat tempat mendarat white board tu..
Apa lagi..bagaikan kejutan elektrik terkena ke atas diriku..students tak perasan lagi..tapi riak wajah aku memang berubah menahan sakit..ada la sorang dua budak perasan muka aku lain..aku pun cakap kat depa tangan aku tersepit..depa pun menunjukkan rasa kasihan..pastu aku minta tisu daripada sapa-sapa yang ada..darah tak banyak sangat tapi ada la sikit-sikit..he..tapi memang rasa dia sangat dasyat..sampai rasa kebas la sebelah tangan aku ni..
Lepas tu students suruh aku rehat dulu..tak payah mengajar lagi..tapi aku kata ok ja..aku pun sambung..depa ingat luka tu kat tangan kanan, tu sebab depa kata stop jap mengajar..tapi yang kena ni jari anak tangan kiri..so boleh la aku menulis lagi walaupun dalam kesakitan..sekarang ni tak dapat nak luruskan betul-betul jari anak ni..kalau lurus bertambah sakit, so aku bengkokkan je jari ni..hihi
Aktiviti petang bulan puasa sekarang ni adalah memasak..so petang ni agak-agak boleh masak tak? hehe boleh je..tapi daripada kerja yang cepat mungkin jadi perlahan sikit..macam nak potong bawang, potong sayur tu, kenala jaga-jaga tak mau bagi terkena jari ni.. :D
Okla, sampai sini saja cerita aku..oh ya..lupa pulak..tadi pelajar form 3 dah start susun meja untuk trial ahad ni..cikgu ucapkan good luck utk semua pelajar form 3..weekend ni kena gunakan masa sebaik mungkin untuk stadi..kena buat pecutan terakhir..pastikan trial ni dapat result gempaq, k.. :)
Itu saja..tata...
p/s: eksaited sangat kot mengajar math sampai tercedera.. :P
4 comments:
alalal.. skt kot.. sabar eh g...gugur da dosa2 kicik :)
betoi2..sakit itu penghapus dosa kecik.. :)
akak, tumpang tanya, kak heliza tak mengajar ke???
tak..dia uruskan company dia sekarang..
Post a Comment
Komen anda sangatlah bernilai...