My World

My World

Sunday, February 27, 2011

Entry khas buat Azmil Hafiz..


Tika dan saat ini aku sudah berada di Langkawi..pada hujung minggu yang lalu (hari khamis lepas), aku pulang ke kampung setelah hampir 3 minggu tak pulang..

Menjadi kebiasaanku, kalau pulang ke kampung, mesti nak pergi ke rumah abangku..nak tengok azmil hafiz yang baru berusia 2 bulan pada 26 Februari 2011..aku memang suka main-main ngan baby ni.. :D

Alang-alang pegi tengok azmil hafiz, aku pun nak belajar buat cupcakes dari kakak iparku..mana tau boleh buat bisnes kat langkawi ni..hehe..itu aku cerita kemudian lah..sekarang nak cerita pasal azmil hafiz..

Aku dah pernah buat entry pasal hafiz..bolehlah jenguk kat SINI..SINI dan SINI..
Hafiz sangatlah comel masa baru dilahirkan..

Tapi, siapa sangka..sebenarnya hafiz mengalami masalah yang aku sendiri pun tak tahu nak terangkan macammana..kakak ipar aku kata pembuluh darah banyak terkumpul kat kawasan muka dan kepala..sebab tu kemerah-merahan kat muka sebelah kirinya..


tapi beliau tetap comel.. (ni umo sebulan)


ni lagi comel.. (2 bulan)


comel secomel-comelnya..


sangat comel..


dengan kakaknya, oya.. (auliya)


hafiz dah debab..


hafiz masa berumur 1 hari


umur 7 hari..


Masa aku main-main dengan dia aritu, sangatlah tak banyak ragam..tapi aktif jugakla..tak duduk diam jugak..he..dia macam nak berborak-borak dengan kita bila kita bercakap-cakap dengan dia..sekali-sekala dia senyum..

rindu pulak kat hafiz...

Bila dia lapar, atau tak selesa bila pampers dia penuh dengan isi baru dia nangis..time nak tido, senang ja..lepas minum susu terus tertido..

Entry ni aku tujukan khas untuk azmil hafiz..semoga dia cepat membesar dengan sihat dan dapat recover kemerah-merahan kat muka dia..dan menjadi cergas macam abang-abang dan kakaknya (amir afiq, arif ikhwan, akhyar auliya)..

Di sini, aku ingin meminta kawan-kawan yang membaca entry ini tolong doakan untuk anak sedara aku sekali..doakan azmil hafiz cepat sembuh..terima kasih yang teramat atas doa korang..

Oh ya, hampir terlupa pulak..nak cerita pasal cupcake..aku letak gambar jelah..hasil cupcakes yang aku dan kak ipar aku buat..tapi kak ipar aku yang lagi banyak buat..aku tolong2 je..hihi..tapi aku dah tau la camna nak buat..lepas ni boleh la aku buat bisnes.. :D







Ok, tamat dah cerita hari ini...da..


p/s: Mak ndak doakan hafiz cepat sembuh..(mak ndak: panggilan oleh anak-anak sedaraku)


Tuesday, February 22, 2011

Cuma Aku..comel giler..heheh




layan lah lagu ni bersama ngan video klip yang comel ni.. :p

Thursday, February 17, 2011

Ija & Gee berduet..lagu Akim (janji) hihihi




Hahahaha funny betul la video ni..yang pertamanya funny sebab sah-sah kesumbangan aku terserlah kat video ni...serius aku memang tak pandai nyanyi..suara aku tak sesuai langsung untuk menyanyi..tapi aku hentam jugak menyanyi..hehe

Yang keduanya, kitorang boleh tersalah-salah lirik..lagu ni sebenarnya baru je aku dengar kat radio..dan terus tersuka..ija pun suka sangat lagu ni..so tanpa ketahuan lirik yang sebenarnya, kitorang menyanyi jugak.. :P

Lagu ni lagu Akim..ciptaan sepenuhnya oleh Akim..kat bawah ni lirik yang sebetulnya..

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu


p/s: perasan tak berapa banyak entry yang aku buat dalam masa 1 hari aku bertemu ngan ija? banyak betul entry yang boleh terhasil kan.. :D bolehla jenguk-jenguk kat SINI, SINI, SINI, DAN SINI ..dan lepas ni ada lagi entry yang boleh buat yang mana masih berpakaian sukan ini..ngeee.. :P

ok, bye!


Tuesday, February 15, 2011

Puji-pujian Kepada Rasul Junjungan



15 Februari 2011 yakni bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah, sekali lagi pada tahun ini kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Pada hari ini genaplah 1,200 tahun baginda SAW meninggalkan umat Islam yang dicintainya..

Sumber dipetik daripada Utusan Malaysia

Rasulullah SAW wafat pada tarikh lahir baginda iaitu 12 Rabiulawal 632 Masihi di Madinah ketika berusia 63 tahun. Baginda dimakamkan di dalam rumah baginda yang terletak di dalam Masjid Nabawi pada hari ini.

Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau. Kawasan ini dikenali sebagai Raudhah.

Di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda.

Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan.

Rasa sayang dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW sentiasa subur di hati mereka walaupun selepas kewafatan baginda. Setelah kedua sahabat Rasulullah SAW ini meninggal dunia, mereka dimakamkan bersebelahan makam baginda.

Rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW bukan sahaja dirasai oleh dua khalifah Islam yang agung ini, malah ia turut dirasai oleh umat Islam lain sama ada yang hidup sezaman dengan baginda ataupun umat Islam yang ada pada hari ini.

Bagi umat Islam yang datang selepas kewafatan Nabi SAW, rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW kian subur dengan hanya mengenali baginda melalui sejarah. Walaupun umat Islam pada hari ini tidak pernah melihat Rasulullah SAW tetapi kasih sayang terhadap baginda diibaratkan seperti cahaya matahari yang menerangi bumi seperti yang terdapat di dalam nasyid Rasulullah Junjungan yang didendangkan oleh kumpulan Raihan:

“Kau bagaikan matahari

Cahaya menerangi bumi

Engkaulah permata hati

Bertakhta di sanubari”

Puji-pujian dan selawat ke atas Rasulullah SAW yang didendangkan di seluruh dunia sering membangkitkan rasa rindu yang mendalam kepada baginda SAW.

Seperti di dunia Melayu, selawat dan marhaban sering didendangkan dalam majlis-majlis keraian agama seperti sambutan awal Muharam, sambutan Maulidur Rasul, majlis perkahwinan, majlis khatam al-Quran, majlis cukur jambul bagi bayi yang baru lahir dan sebagainya.

Baris-baris selawat ditulis dan disebarkan ke seluruh dunia oleh penulis Islam. Manuskrip-manuskrip Islam yang mengandungi selawat dan sejarah ringkas mengenai Rasulullah SAW seperti Dalail al-Kayrat disalin dan diedarkan diseluruh dunia. Manuskrip ini dihasilkan di Maghribi oleh seorang ahli sufi yang dikenali sebagi al-Jazuli pada abad ke 15 Masihi.

Selain selawat, manuskrip ini juga mempunyai doa-doa pilihan, nama-nama panggilan Nabi Muhammad SAW, sedikit penjelasan mengenai makam Rasulullah SAW dan sejarah ringkas mengenai Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalifah Umar al-Khattab.

Setiap manuskrip Dalail al-Kayrat ini sering mempunyai dua buah lukisan. Satu memperlihatkan lukisan Kaabah di Mekah dan satu lagi memperlihatkan lukisan makam Rasulullah SAW di Madinah.

Selain manuskrip selawat terdapat juga manuskrip sejarah yang mengandungi salasilah baginda SAW yang bersambung dengan para nabi dan rasul sebelum baginda. Manuskrip ini ditulis dengan penuh teliti, jelas dan menarik dengan penggunaan dakwat yang berwarna-warni.

Selain seni penulisan, nama Nabi Muhammad SAW turut diabadikan di atas barangan kesenian yang lain seperti dalam bentuk sulaman, ukiran dan tenunan.

Nama baginda SAW selalunya digandingkan dengan nama Allah SWT atau nama para sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.

Terdapat juga nama ahli keluarga Rasulullah SAW yang digunakan seperti puteri baginda Saidatina Fatimah r.a dan cucu baginda Saidina Hassan dan Hussein r.a.

Barangan yang mempunyai nama Rasulullah SAW sering digunakan sebagai hiasan dan diletakkan di tempat yang tinggi sebagai tanda kasih dan sayang umat Islam di seluruh dunia kepada nabi junjungan mereka iaitu Nabi Muhammad SAW.


Bagi memperingati Rasulullah SAW, marilah kita bersama-sama berselawat sebagai puji-pujian kepada baginda SAW. Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam.




Sunday, February 13, 2011

Kau Selamanya..



Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Illahi
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu


Saja nak share video klip kau selamanya ni..ciptaan sepenuhnya oleh heliza helmi..video klip ni bukan official..heliza dan staf-stafnya yang hasilkan video ni..saja suka-suka..tapi best jugakla bila layan video klip ni..lagunya pun boleh tahan best..layan.... :)

Thursday, February 10, 2011

Pernah bergaduh sesama sahabat?


Dalam bersahabat, kadang-kadang ada ranjaunya..ada juga yang tak bersefahaman, tak serasi, tak kamcing dan lain-lain lagi..tapi setakat ni, Alhamdulillah aku tak da la bergaduh, bertengkar, bertumbuk dan semua-semua tu dengan sahabat-sahabat aku..

Melampau jugak la kan kalau nak bertumbuk tu..aku ni ramai kawan..kawan baik masa sekolah rendah pun masih ada, sekolah menengah, matrik, universiti, dan yang terbaru rakan sekerja..tak lupa jugak kawan-kawan sekampung dan kawan-kawan di alam maya (blog, facebook, twitter, friendster)

Kalau ada salah faham aku akan cuba bawak berbincang..berterus terang dan kejujuran sangatlah penting dalam bersahabat..juga saling mempercayai & tak mementingkan diri..

Dulu-dulu masa kecik-kecik ada la jugak merajuk, tak bertegur bila bergaduh tu..tapi bila dah besar panjang ni takkan nak buat macam tu lagi kan... :D

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni.. dan cuba tafsirkan apa yang berlaku...heheh










Seolah-olah macam kitorang tengah ada masalah je kan..sebenarnya tak da apa-apa pun..entah tengah borak apa time ni..bukannya dah rancang nak berlakon buat-buat gaduh ke ape ke..tiba-tiba ja jadi gambar yang macam ni..sebab ada paparazzi yang ambik gambar kami ni.. :P

Daripada gambar-gambar yang terhasil tu aku nak saja-saja buat dialog lah..aku memang suka mengarut-ngarut bab berdialog ni..hehe

Gambar 1- Ija: gee, aku nak cakap sikit dengan ko...

Gambar 2- Ija: sampai hati ko kan...

Gambar 3- Ija: ko dah buat sesuatu yang telah mengguris hati aku...

Gambar 4- Ija: tapi takpelah, aku maafkan ko...


Hahahaha boleh ke macam tu..rekaan aku semata-mata..tolongla jangan percaya..percaya gambar bawah ni sahaja..




Gambar kitorang memang banyak..so bila aku tengok balik gambar-gambar ni tu yang aku dapat satu idea nak buat pasal entry ini..bukannya sahabat aku ija sorang saja..ramai sahabat aku..tapi bila dengan ija ni, banyak betol gambar kami..sebab ada manager ija yang sentiasa snap picture kami..hehe...

Itu yang kat belog aku ni banyak pasal kisah kami..lagipun ija pernah pesan kat aku..katanya 'ko jelah tolong updatekan cerita aku..aku tak sempat dah nak berblog ni' haaa lebih kurang camtulah..teheee... antaranya kat SINI, SINI dan SINI dan lain-lain lagi.. :P

Ok, sebelum menamatkan cerita aku pada kali ini, aku nak pesan sikit lah..chewaahhh..pasal bersahabat ni, kita jangan terlalu mementingkan diri..bak kata orang 'give & take' barulah seronok bersahabat tu..jangan dok kata-kata, kutuk-kutuk kat belakang..kalau ada yang tak puas hati, terus direct tanya kawan kita tu..itulah pentingnya nilai saling mempercayai..kalau kita percayakan sahabat kita, kita takkan mudah melatah bila ada orang yang sengaja melaga-lagakan kita dengan sahabat kita itu..kalau ada terbuat salah dengan sahabat kita, cepat-cepatlah mintak maaf..janganlah ego-ego ye.. :)

Itu jelah, aku pun tak pandai nak nasihat lebih-lebih..aku doakan kawan-kawan kat luar sana gembira bersama sahabat baik anda..semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita dan sahabat baik kita berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin..


ok, bye!


p/s: entry ni dah lama terperam kat draf..baru ada mood nak edit dan published hari ni.. :D

Tuesday, February 8, 2011

Zikir Penenang Hati




Tadi diri aku ni agak meroyan..tapi sekarang dah tenang sikit..lepas dengar zikir ni..rasa sayu ja..

Sekarang ni mungkin musim orang bermasalah kot..eh bukan orang tu bermasalah..tapi ditimpa masalah.. :D tak terkecuali lah aku ni..

Setiap orang mesti akan hadapi masalah masing-masing..tiada orang yang tiada masalah..bila kita ditimpa masalah tu lah, kita akan menjadi lebih matang dalam mencari cara-cara penyelesaiannya dan menambahkan pengalaman kita..

Mesti ada sebab Allah uji kita..ada hikmah di sebaliknya..

Aku bersyukur diuji oleh-Nya..kerana ujian itu menunjukkan Dia menyayangi aku...


"Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan, maka diujinya dengan musibah" -Hadis sahih riwayat al-Bukhari, Malik dan Ahmad



Saturday, February 5, 2011

Video Maghia Elena yang kelakar.. :P


Gambar hiasan.. :D




Aku taktau la korang tergelak ke tak bila tengok video di atas ni..aku memang tergelak-gelak la bila tengok keletah maghia ni..sempoi je dia..

Maghia, rindula kat u! nak jumpa nak peluk2 lagi..hehe..dia memang banyak cakap..sangat peramah..masa dok depan dia hari tu aku siap cakap kat dia yang aku ni pemalu sikit..dia kata biasala tu mula-mula kan..

Huhu memang dia memahami aku..lama-lama aku pun jadi banyak cakap..memang segan ngan diorang ni..tapi dorang very friendly, aku pun jadi selesa dan senang bersembang dengan diorang..tapi aku banyak diam jugak sebab aku suka dengar diorang berborak..suka tengok diorang buat lawak dan suka sangat tengok diorang sembang dengan ija..


Kat bawah ni ada lagi video kelakar..maghia terkejut..heheh..



Video seterusnya diberi tajuk 'Ada aku kesah?'



Pastu video comel ija & maghia..



Haha banyak benau aku letak video kali ini..layan jelah..ok, bye!


Friday, February 4, 2011

Eksiden..




Sungguh aku tak sangka..tengah2 drive elok2..slow motion je aku berhenti tadi..sebab jalan pun agak sesak..aku tak da bawak laju2..dan aku tak berhenti secara mengejut..

Tiba2...

Kebaboooommm..debushhh..

Aku tengok kat depan aku tak langgar apa2 pun..aku pun tengokla kat cermin pandang belakang..motor tu dah terbalik..

Terus terkeluar dari mulut aku 'Astaghfirullahalazim..dengan serta merta aku berhentikan keta kat tepi jalan..dekat ngan petronas..mak, kakak ipar dan anak2 sedara aku semua terkejut..

Aku keluar dari kereta terus menuju kat budak yang langgar kereta aku tu..nasib baik dia tak teruk sangat..cuma luka2 kecik..berdarah2 jugak la..tapi still boleh jalan..so aku pun bawak berbincang dengan dia..

Malas nak memanjangkan cerita, aku minta ganti rugi la..sebab dia dah langgar kereta aku..negotiate punya negotiate dapat la keputusan..tapi lama la jugak nak mendapat kata sepakat tu..orang2 kat situ pun turut membantu..budak ni dan kawan dia tak nak bayar harga yang sepatutnya..

So aku pun baik hati, terima jugaklah setakat mana yang dia mampu tu..harap2 nanti cukuplah aku nak repair bumper keta aku tu..

Papepun aku bersyukur aku sekeluarga selamat..cuma terkejut sikit la tadi..nasib tak da yang sakit jantung..budak tu pun tak cedera teruk sangat..kalau parah ke, seriau jugak aku..

So, aku nak nasihatkan kat penunggang motorsikal, janganla bawak laju2 sangat..kesian kat orang yang tak bersalah macam aku ni..tak pasal2 keta kesayangan aku dah ternoda..sob2..lagipun hargailah nyawa korang tu..sayangilah nyawa korang dan nyawa orang lain..

Ok, sok awal2 pagi nak berangkat pulang ke kedah..kelantan memang best..tapi jalannya sangat lah jem..dan kelantan jugak meninggalkan kenangan yang akan aku ingat sampai bila2..huhu...doakan aku selamat sampai kat kedah esok..ok, bye!



Thursday, February 3, 2011

Indahnya ciptaan Tuhan..


Aku tersangatlah mengantuk ketika ini..tapi aku gagahkan diri gak untuk update blog aku ni..hehe..

Sekarang aku sedang berada di rumah mak kakak ipar aku..di tepi pantai..betul2 tepi pantai..siap boleh dengar bunyi laut lagi ni..

Aku datang sini sebab esok aku nak pergi kenduri kahwin kawan aku kat machang..so aku angkut sekali mak aku, akak ipar aku dan anak-anak buah aku datang kelantan ni...(kak ipar aku dok ngan mak aku kat kedah)

First time aku drive sendiri datang kelantan..jalannya sangat mencabar bila lalu dekat Grik tadi..tapi best jugak la..aku memang suka jalan bengkang-bengkok ni..suka lap..heheh..setelah berjam-jam drive akhirnya sampai jugak kat kelantan..Alhamdulillah..

Tak nak cerita panjang-panjang, aku cuma nak menyatakan kesyukuran aku dengan anugerah yang Allah berikan atas muka bumi ini..masih panjang umur aku dan dapat menikmati keindahan yang ada di bumi ini..

Sangat terpaku melihat keindahan pantai di kawasan rumah kakak ipar aku ni..petang tadi aku sempat ambil 2 keping gambar ni..


syukur di hati masih mampu menikmati keindahan ciptaan-Nya



rumah warna biru tu la rumah kak ipar aku..betul-betul tepi pantai..


Sama-samalah kita bersyukur dengan nikmat ciptaan-Nya.. :)

Ok, sampai sini dulu entry aku..nak pegi tido ni..ngantuk sangat..selamat malam semua..



Kebakaran yang dasyat di kampungku..



Semasa perjalanan aku ke pusat servis perodua kelmarin (nak pergi servis kereta aku), satu kebakaran yang agak dasyat berlaku tak jauh dari rumah aku..asap berkepul-kepul..kalau aku kat luar kereta aku rasa dah sesak nafas..

Tapi ramai ja yang menyaksikan kebakaran tu..depa tak sesak nafas ka? aku yang kat dalam kereta pun dapat bau asap..

Ni gambar kebakaran yang sempat aku rakam..






Jalan pun mula kejeman..(suka suki ja) kejeman tu maksudnya jem la..tapi bukan jem nenas ka jem strawberry ka..ni jem kesesakan lalu lintas.. :P

time jem ni apa kata ambil gambar..heheh


tudung instant kerap dipakai apabila di kampung.. :D


Letih menunggu jem tu 1 hal..ditambah pulak menunggu nak servis kereta..masak jugak la aku 2 jam lebih menunggu kat pusat servis perodua tu..time2 perayaan ni la ramai yang nak servis kereta..maklumlah cuti agak lama..masing-masing nak berjalan2 pusing malaysia..heheh


Dah 3 minggu aku tak tengok anak buah aku..so aku pun pergi menyinggah di rumah abang aku dekat kuarters hospital sultanah bahiyah..dah besar dah baby ni..dulu aku cerita pasal baby ni kat SINI..


azmil hafiz...


teciknya tangan baby..


Oklah, sampai sini dulu cerita aku..aku nak kena cau..nak berangkat ke kelantan kejap lagi.. :)

p/s: kebakaran kelmarin masih jelas di fikiranku..tak pernah tengok kebakaran dasyat macam tu..harap tak ada nyawa yang terkorban..


Tuesday, February 1, 2011

Meet Da Fashionista Blogger..


Entry ni dah basi sebasi-basinya..blogger lain semua dah hupdate pasal gathering ni..aku je ketinggalan zaman..

Tapi memang aku sengaja pun..saja nak jadi orang terakhir yang update pasal gathering ni..hehe..

Oleh itu, tibalah masanya aku menceritakan apa yang berlaku masa gathering hari tu..semua-semua blogger yang datang semuanya cantik, manis, ayu..aku je tongkol kayu kat situ..diorang stylo habes..termasukla Cik Heliza Helmi yang menjadi tetamu kehormat pada hari itu..hehe

Semua-semua menantikan kehadiran kami..kami datang lambat sikit disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan..memang dah siap gerak nak pergi gathering tu..sekali barang penting tertinggal kat rumah..memang terpaksa pergi ambil jugak sebab lepas gathering tu aku terus ke airport untuk berangkat pulang ke langkawi..

Masa on the way ke Jaya One Mall tu, aku dah rasa seram sejuk dah..macamana nak berhadapan dengan blogger2 fashionista yang famos amos ni..siap rasa macam sakit perut..haha..

Pastu kan, masa jalan-jalan nak sampai ke tempat perjumpaan tu..iaitu Nandos, boleh pulak aku dan ija main tolak-tolak..nape kitorang main tolak-tolak? ha cuba teka..teka la teka la.. :P

Sebab masing-masing segan nak jumpa diorang yang tunggu-tunggu kitorang tu..aku kata kat ija camni 'weh, ko la masuk dulu..aku ikut kat belakang..aku segan ni..' ija pulak kata 'ape pulak aku, ko la..ko yang kenal diorang (macam la ija tak kenal kan), aku pun segan gak..cepat-cepat gi la masuk dulu..'

Aku pun mengalah la ngan ija ni.. :P aku cuba mengkonfidenkan diri lead ija dan kak zeq..tapi pastu kan, sampai ja kat nandos tu aku tak ingat dah macamana..keadaan berlaku terlalu pantas..aku rasa ija yang lead dulu..dia yang pergi salam2 ngan diorang dulu..sebab aku dah sembunyi belakang ija..hehe

Start dari situlah kitorang berkenal-kenalan..mula-mula memang aku banyak diam ja..pastu aku dah banyak mulut sikit..bila maria elena dok depan aku..dia memang banyak cakap..so secara tidak langsung aku pun berborak la dengan dia..dengan shea pun, lyna, eyqa, fira, yanni dan tak lupa cik epal yang dok sebelah aku..mai n shida sekali..ami & jezmine aku tak sempat nak berborak..diorang ada buka booth kat chickpop so diorang datang sekejap ja beramah mesra ngan kitorang..semua nya friendly dan sangat sporting..

Tak lama lepas tu, lady uyun pun datang..betapa cumilnya dia dengan junk suit tu..(betol ke ejaan aku ni..kalau salah boleh tolong betulkan) macam anak patung pulak aku nengok..

Kitorang pun meng order makanan..masa yang lama jugak nak order..mana tak nya, ramai kan..pastu waitress tu pun konfius-konfius sebab masa dia dok ambil order kitorang dok sembang2..tak berhenti langsung..dah macam talk show..hahah..

Bila makanan dah sampai, mula-mula tu masing-masing kusyuk la makan..tapi sempat jugak berborak-borak lagi..pastu tak sempat lagi habis makan, sesi photoshoot dah bermula..kesian makanan tu ditinggalkan begitu sahaja..bila dah photoshoot banyak2 tu, selera pun dah tak dak nak sambung makan balik..heheh..

Gambar memang banyak gila..aku pun pening nak buat pemilihan nak letak kat blog ni..nanti korang tengok jela gambar mana yang aku letak..

Ok, sambung cerita balik..lepas sesi bergambar tu memang dah nak gerak pergi booth chickpop..tapi cik epal kata..nadia bayu jadi datang..dia on the way..so kitorang pun tunggu lagi kat nandos tu sambil menambah koleksi gambar..

Memang tak sabar nih nak jumpa nadia bayu..bukan aku je excited, ija pun..aku dan ija ni masa berjumpa selalu dok cerita2 pasal blogger2 gak..tu yang aku dan ija boleh terlibat dengan gathering ni.. :P

Bila nadia sampai, kitorang berkenal-kenalan dan terus bergambar..nadia datang dengan encik suami nya..suweet je diorang..aku memang nak tegur nadia tapi aku malu-malu kucing..masa dekat booth baru aku cuba-cuba tegur nadia... :P

Sebelum nadia sampai, rina pun ada singgah jumpa kitorang..macam yang aku cerita kat entry INI, aku ada jumpa rina sebelum gathering..masa ikut ija gi sunway..so aku ajak jugak rina datang sekali gathering tu..tapi rina kena gi shooting safiyya..

Tapi masa gathering tu tengok2 rina ada jugak..dia datang sekejap ja..lepas pada shooting safiyya terus datang ke situ..terharu seyh.. :)

Seterusnya, kitorang semua pun bergerak ke booth chickpop..nak tengok apa yang ada kat sana..dan nak pergi ke booth amy & jezmine..

Suasana kat sana dah bertambah lengang..dah tak ramai orang..sebelum tu the scaflets cakap memang meriah habis..sampai nak beli barang pun tak dapat..berebut2..tapi masa kitorang sampai kat booth2 tu,barang-barang pun dah banyak habis..aku tak beli pape pun..ija ada beli cincin munge..aku nak gak beli tapi yang ija ambil tu yang last..sob sob..

Lepas tu kitorang bergambar ramai-ramai sebelum berpisah..aku kena rush nak pergi airport..kalau tak memang boleh spend time lagi ngan diorang..best sangat..macam tak nak balik je..tapi apakan daya, tugas ku sedang menunggu..

So itu sajalah cerita aku..detail kan aku bercerita..hehe..mari layan gambar lah pulak..


ini namanya bukan gambar skema..


ngan cikgu uyun..kiut macam patung


yanni gadis jepun.. :)


fira! 1 negeri dengan ku..kedah mari..anda memang macam baby..


dengan cik epal gonjeng yang meletops!


shea & maria..dedua cantik...very friendly..


ayu je eyqa ni..


haha dua orang ni memang sengal..habis terbalik kerusi meja kalau depa ni bergabung.. :P










maghia da superb!


ngan si comel nadia yang sentiasa kelihatan muda..apa rahsia anda?




sweety lyna

ada hantu maghia kat belakang.. :P


kami tak bagi chance orang lain naik lif..


group photo..


Kepada semua-semua yang aku jumpa hari tu, anda semua sangat best..awesome! chill! gorjes! semua2 lah..harap next time boleh spend time together lagi..tak tahu nak cakap macam mana..tapi that day memang hari yang indah bagiku...

Untuk ija, kak zeq & team HHP, thanks sangat-sangat kat korang..tanpa korang mungkin aku tak dapat juin gathering ni... :)

p/s: ku sangkakan dengan semua orang aku ada gambar berdua..tapi sangkaan ku meleset..so after this kena wat angka giliran untuk bergambar dengan setiap sorang..hehe :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...