My World

My World

Sunday, November 28, 2010

Adoii..Hangin woi camnih...

Bagi salam la dulu..sejuk sikit hati ni..hehe

Assalamualaikum...

Alkisahnya tadi aku keluar dengan mak aku pegi beli barang-barang kedai..sapa yang taktau lagi pasal kedai aku boleh klik SINI..

Perjalanan pon bermula..aku pon reverse la kereta aku..aku pulak jenis yang buka cermin tingkap masa mula-mula perjalanan..aku tak suka buka aircond lagi..ni kawan aku la bagi petua..katanya untuk menjaga enjin kereta..dalam 1 km kereta bergerak barulah on aircond..apa salahnya kan aku aplikasi..

Masa dekat simpang nak ke jalan besar, aku ter bau wangian yang begitu menusuk kalbu..tau tak bau apa? bau tahi kucing weh! memang sah terlekat di tayar kereta aku! kucing yang berkeliaran kat rumah aku tu suka hati ja buang najis mereka merata-rata..tu la aku tak berapa suka bela kucing ni..aku suka tengok kucing kawan-kawan aku ja..bab nak bela kucing ni memang aku allergic sikit..

Aku cuma bela hamster saja..nak tengok kisah hamster aku tekan SINI..

Sambung balik pasal tadi..bila bau ja wangian itu, aku pon dengan serta merta sakit kepala..adoi, stress terus..hehe..aku ni tak boleh stress, kalau stress terus kepala aku sakit..

Kalau kat UMS dulu, bila aku sakit kepala ada sorang kawan aku ni suka bagi cokelat cadbury blackforest..coklat kesukaan aku tuh..bila makan cokelat ni terus hilang stress..hebat betul penangan cokelat ini..

Sekarang ni kawan aku tu duduk jauh..kalau duduk dekat-dekat ni kalau dia tahu aku sakit kepala mesti dia bagi coklat blackforest ni..perasan betol aku ni..hee..thanks mu yang suka bagi cokelat itu..nak harap aku beli sendiri memang susah lah..kadang-kadang kalau mengidam sangat baru aku beli..

Pasal kereta aku ni, petang karang la baru aku cuci..aku cuci sendiri la..nak hantar kedai memang bankrap la..dah la baru ja cuci beberapa hari yang lepas..baik aku ringan-ringankan tangan dan badan aku cuci sendiri..menyihatkan badan lagi tu...

Kena tonyoh tayar yang melekat tahi kucing itu dengan sekuat hati..eeee geli pulak rasanya..tapi kena buat jugak petang ni..

Tak habis lagi cerita aku ni..tadi kan, masa mak aku pegi beli barang rumah, aku dok dalam kereta ja..bagus betol anak dia ni..bukan apa, nanti dah siap beli barang aku tolong angkat la..malas nak tunggu dalam kedai tu..masa aku nak keluar sorang, mak aku sibuk nak ikut..ha biarkan dia yang memborong..hekhek..

Tu masa beli barang rumah, masa beli barang kedai tu aku turun sekali la..ingat aku terok sangat ka..haisshh..

Ok, masa aku dok tunggu mak aku tu boleh pulak sorang pakcik ni lalu kat celah kereta aku yang sempit tu (ada sikit ruang antara kereta aku dengan kereta sebelah)..dah la sempit ja, dia nak lalu jugak..tengok apa dah jadi kat kereta aku!

gambar ni di ambil bila dah balik rumah (ulang tayang..hehe)

Sabar jela dengan pakcik tu..sampai terpeleot side mirror keta aku tuh..dia nampak je aku dok dalam kereta..boleh dia buat slumber..takpelah, disebabkan aku ni baik hati, aku maafkan aje..nasib baik takdak calar..kalau tak, menangis tak berlagu la aku...

Pastu kan, bila dah on the way balik rumah, mak aku berkata 'laaa terlupa beli milo ngan roti gardenia untuk budak-budak tu..takpala...dah balik dah, nanti suruh abang la beli'

Haissh mak aku ni boleh pulak terlupa..kalau aku lupa dia bising..eh tak da la.. mak aku ni baik, tak bising pon, aku ni yang bising bila mak aku terlupa beli barang (bising dalam hati ja la..)

Aku pon menyinggah la petronas dekat dengan rumah aku tu..aku la yang p beli milo n roti gardenia untuk cucu-cucu kesayangan mak aku tu..nak suruh mak aku beli confirm dia tak boleh masuk kedai mesra petronas tu..mau tak nya, pintu kedai tu pon dah berat..mesti mak aku tak larat nak tolak..hahaha...macam gelak jahat pulak, tak baik betol.. :P

Kat bawah ni aku sertakan gambar kereta aku..kalau sapa-sapa mengapa-apakan dia memang tak tidur malam lah aku..

si puteh kesayangan aku..

p/s: ada sapa-sapa nak bg blackforest tak? nak bagi hilang sakit kepala aku.. :P

2 comments:

"missrivebell mumun" said...

kak gee pijk taik kucing eh?

Gee Jah Noor said...

bukan k gee pijak..tayar keta k gee yg pijak..hehe..

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...