My World

My World

Monday, November 22, 2010

My Family

Comel tak aku? yg sebelah kanan tu? cepat angguk aku ni comel..lau tak, taknak kawan..haha..ceh, mengugut pulak..

Biasala budak-budak kecik, camna pon mesti comel kan...bila besar ni lain pulak rupenye..dah tak comel dah..huhu..

Okeh, berbalik kepada tajuk..aku nak share cerita tentang keluarga aku...pertama sekali aku letak gambar arwah ayah aku...yang masa muda-muda dahulu...masa ni dia mengajar di Masjid Zahir kalau aku tak silap..

Kalau dah mengajar di Masjid sudah tentu2 nya semua tau ayah aku kerja apa kan..tapi bak kata orang, iman tak dapat diwarisi..anaknya ni bukan main beronggeng sana sini..hehe..

gambar lama yang diedit oleh abang aku

Tapi alhamdulillah aku rasa hasil didikan arwah ayah aku dan mak aku, aku menjadi orang berguna jugak kot..aik ada kot pulak..aku tak berani cakap lebih-lebih, tapi aku rasa aku dah agak berjaya dalam hidup..dapat menggenggam segulung ijazah dan walaupun tak jadi ustazah (ayah aku kan ustaz), aku jadi cikgu yang dapat berbakti kepada negara jugak..hehe

Ok, seterusnya kenalkan mak aku..tahun depan umurnya menjangkau 63 tahun


Mak aku ni seorang yang lemah lembut..tapi lemah lembut tu ada garangnya..aku ni bukanlah anak yang baik sangat..malas jugak bila dok umah..asyek nak makan masakan mak ja..hehe..pastu kuat berjalan pulak tu..bak kata mak aku kat kawan aku 'dia tu bukan reti dok umah, keja berjalan ja' huhu...aku memang tak lekat kat umah walaupun cuti..

Aku ada seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik..beza umur aku dengan kakak n abang aku jauh-jauh..so aku ni ramai la anak sedara..kakak aku ada 5 orang anak..ni la anak kakak aku..


Abang aku yang pertama ni pon ada 5 orang anak..

gambar lama tahun 2008

Dan abang aku seterusnya ada 3 orang anak nak masuk 4 orang dijangka bulan 1 tahun depan ni..tak sabar nak timang anak sedara lagi sorang..hehe



Terakhir sekali adalah adik aku..tapi orang tengok dia tak macam adik pon, dah la tinggi dari aku..badan pon besar sket dari aku..tapi bukan la gemuk..hehe..beza umur kami cuma setahun sahaja...

Hari ini 22/11 adalah hari lahir die..so selamat hari lahir untuk adik aku...


Sampai situ saja cerita tentang family aku..ringkas dan padat..hehe...mai tengok gambar-gambar lain pulak..

lepak-lepak dengan mereka

akhyar auliya (1 tahun 5 bulan) yg bakal dapat adik bulan 1 tahun depan

raya 2008

Arif ikhwan yang tak duduk diam telah mencacatkan gambar ni.. :P

kaum hawa sahaja..

2 comments:

Unknown said...

cantik la gmba last tu...

Gee Jah Noor said...

my bro yg edit.. =)

Post a Comment

Komen anda sangatlah bernilai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...